TAHUN 4





HENTIKAN PENCEMARAN

Pernahkah anda berasa sedih?
jika pernah, kenapa anda besedih?

Tahukah anda bahawa bumi juga tahu rasa sedih?
Bumi sedih kerana manusia tidak mempedulikannya.
Bumi bersedih kerana alam sekitar semakin tercemar.
Bumi bersedih kerana manusia tidak bertanggungjawab.


Perhatikan gambar di bawah.
Apakah yang anda faham tentang gambar tersebut?






   











Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan aktiviti manusia. Antara sebab pencemaran berlaku adalah kerana pembuangan sampah di merata tempat.


perhatikan gambar di bawah.
Apakah pendapat anda tentang gambar tersebut?









sila baca sajak di bawah:




kemudian bincangkan latihan yang disediakan dengan rakan anda.











HARGAI WARISAN KITA

Permainan Tradisional










Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".














Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.










Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding




LATIHAN
Berikan maksud bagi perkataan berikut

1. Warisan = _______________
2. Tradisional = ______________
3. Popular= ________________



















No comments:

Post a Comment