Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Tahun 4

Mata pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                       : 3 Afektif
Tarikh                        : 11 OGOS 2008
Masa                          : 8.00 pagi – 9.00 pagi  (60 minit)
Bilangan Murid        : 30 orang
Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tema                         : Pendidikan Moral
Tajuk                          : Kisah Sang Kancil dan Buaya

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama
2.1      Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 3
i.          Bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai.


Fokus Sampingan
7.1  Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Aras 2
i.  Menyatakan maksud ayat dalam perenggan.

8.1   Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 2
i.  Melengkapkan ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai.




Objektif  Pelajaran:

Pada akhir pelajaran ini murid dapat:

i.              Menyampaikan cerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gaya penyampaian yang sesuai. .
ii.            Membaca pantas sekurang-kurangnya dengan 80% sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang bertajuk ‘Sang Kancil dengan Buaya’.
iii.           Menulis 4 ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa  : kata hubung, ayat tunggal, ayat majmuk
Kosa kata    : cerdik, kelakuan, tolong-menolong, kebijaksanaan

Pengisian Kurikulum:

·         Ilmu                         :  Kajian Tempatan. Pendidikan Islam
·         Nilai                         :  bekerjasama, berterima kasih
·         Kemahiran Berfikir  :  mencirikan
·         Belajar Cara Belajar : bacaan secara luncuran, bercerita.

Bahan Bantu Mengajar:
·         Video ‘Sang kancil dan Buaya’

Pengetahuan Sedia Ada:

·         Murid pernah mendengar cerita tentang Sang Kancil dengan Buaya.


Isi
Strategi
Catatan

Tayangan video Sang Kancil dan Buaya.
Nilai murni :
  • Tolong-menolong
  • Berbuat baik
  • Bijaksana


Set Induksi
1.    Guru menayangkan video tentang Sang Kancil dengan Buaya.
2.    Murid diminta menonton dan menghayati nilai murni yang terdapat dalam video tersebut.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai murni yang terdapat di dalam cerita tersebut.


·                Kecerdasan pelbagai
·        Muzik

Nilai :
·        Bijaksana


Melakonkan cerita bberdasarkan gambar yang ditunjukkan
Langkah 1
Aktiviti 1
1.    Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan kecil.
2.    Guru menunjukkan beberapa gambar tunggal.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid.
4.    Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan.
5.    Setiap orang murid diberi watak masing-masing berserta skrip.
6.    Murid-murid itu perlu melakonkan tentang cerita yang diberi.

Aktiviti 2
1.    Setiap kumpulan akan diberikan gambar tunggal yang sama.
2.    Dalam kumpulan murid diminta berbincang tentang cerita dan lakonan yang boleh dicipta berdasarkan gambar tunggal yang diberikan oleh guru.
3.    Dalam lakonan murid-murid mesti mempunyai nilai murni.

Aktiviti 3
1.    Setiap wakil kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.
2.    Murid membentangkan kerja dalam bentuk bercerita atau lakonan.


Kontekstual
Kecerdasan Pelbagai
·        Interpersonal

Teks ‘Sang Kancil dengan Buaya’
‘ Sang Kancil merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan dan cerita ini mengisahkan bagaimana dia telah memperdayakan buaya. Sang Kancil berhasrat untuk memakan buah-buahan di seberang sungai....’


Rakaman bacaan
Langkah 2
Aktiviti 1
1.    Guru mengedarkan teks yang bertajuk Sang Kancil dan Buaya.
2.    Guru membaca teks tersebut terlebih dahulu.
3.    Murid membaca bersama-sama guru.

Aktiviti 2
1.    Murid diminta membaca teks dengan kuat  kemudian rakam bacaan mereka dengan  menggunakan Movie Maker.

Aktiviti 3
1.    Semua kumpulan hendaklah menghantar Movie Maker atau perakam kaset yang digunakan untuk merakam bacaan kumpulan masing-masing.




Nilai:
·         Bijaksana

Belajar cara belajar
·         Merakam bacaan
·         Mencirikan

Teks ‘Sang Kancil dan Buaya’

Ayat Majmuk
1.    Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2.    Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

Contoh :
Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.( Ayat Majmuk )

Kata Hubung
1.    Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Contoh Kata Hubung
Dan, hingga, lalu, ketika, dengan, yang, tetapi, jika, kerana, serta, kalau, kemudian.

Contoh Ayat
  1. Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
Langkah 3
Aktiviti 1
1.    Guru mengedarkan teks pada setiap kumpulan.
2.    Guru menerangkan tentang ayat majmuk dan kata hubung.
3.    Guru menulis beberapa ayat di papan tulis dan murid diminta menulis semula.

Aktiviti 2
1.    Dalam bentuk kumpulan, guru mengedarkan teks kepada murid-murid.
2.    Murid diminta menulis 5 ayat majmuk berdasarkan perkataan yang dihitamkan.

Aktiviti 3
1.    Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan Power Point bagi membentangkan hasil kerja masing-masing.

Belajar Cara Belajar
·         Membuat rujukan
·         Mencirikan

Kecerdasan Pelbagai:
·         Interpersonal

Karangan yang bertajuk ‘Sang Kancil yang bijaksana’
Penutup
Kognitif
1.    Guru bersoal jawab dengan murid untuk menguji kefahaman mereka tentang nilai murni yang terdapat dalam klip video itu.
2.    Guru menyuruh murid-murid membuat satu karangan tentang Sang Kancil yang bijaksana.
Sosial
1.    Guru menayangkan video tersebut sekali lagi.
2.    Murid-murid diminta membuat lakonan seperti di dalam klip video tersebut.
Kecerdasan Pelbagai
·         Interpersonal
·         Intrapersonal